Chelsea Sambung Kontrak Terry

London – John Terry sah menyambung kontraknya bersama Chelsea sehingga tamat kempen 2015/16.

 

Kontrak semasa pemain veteran berusia 34 tahun itu akan tamat musim ini berdasarkan polisi kelab yang menawarkan perjanjian hanya satu tahun kepada pemain yang berusia 30 tahun ke atas.

 

Terry mempamerkan aksi cemerlang membantu Chelsea mengukuhkan dengan kelebihan enam mata sekaligus menguasai kedudukan Liga Perdana Inggeris.

 

Sebelum ini, Mourinho memberi bayangan untuk terus menggunakan khidmat Terry untuk musim depan.

 

Terry mula menyertai Chelsea sebagai pelapis muda pada tahun 1995 dan mencatat 661 penampilan keseluruhan sekaligus menjadikan dia pemain London ketiga tertinggi beraksi di belakang Ron Harris (795) dan Peter Bonetti (729).

 

Walaupun bermain di bahagian pertahanan, Terry turut melakar rekod jaringan dengan 63 gol untuk Chelsea.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.