Kabinet lulus lebih RM1 bilion perbesar Lapangan Terbang Pulau Pinang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kabinet telah meluluskan kos lebih RM1 bilion untuk usaha memperbesar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan peruntukan tersebut pada mesyuarat minggu lepas.

“Usaha pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang menelan kos melebihi RM1 bilion, telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada minggu lepas,” katanya lapor Bernama di Langkawi pada Selasa.

Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan bertanggungjawab bagi proses tender dan pembiayaan projek berkenaan.

“Angka (kos) sebenar akan hanya dapat ditentukan selepas proses tender,” katanya kepada media selepas merasmikan acara Routes Asia 2024 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat