Kenyataan Anwar Langkah Terdesak Alih Krisis Keyakinan Dalam PH – PAS

KUALA LUMPUR — PAS menafikan parti itu membayar RM1 juta kepada editor Sarawak Report sebagai penyelesaian kes saman fitnah berkaitan dana RM90 juta daripada Umno.

Menyifatkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “mengelirukan”, setiausaha agung parti itu berkata penyelesaian luar mahkamah dibuat tanpa sebarang kos, lapor Harakah Daily.

“Perlu dijelaskan juga bahawa PAS lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana PAS bukanlah satu pihak dalam tindakan ini,” kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata kedua-dua pihak setuju untuk tidak meneruskan tuntutan dan tuntutan balas masing-masing manakala mahkamah tidak memerintahkan sebarang kos kepada mana-mana pihak.

Takiyuddin juga menyifatkan kenyataan presiden PKR sebagai “langkah terdesak” untuk mengalih perhatian rakyat dari “krisis keyakinan” parti dalam Pakatan Harapan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.