Sedih! Wanita Tua Ini Setiap Hari Hantar Makanan Untuk Anaknya, Setelah Menunggu 2 Jam, Ini Balasannya

Kisah ibu yang sanggup berkorban demi anak perempuannya ini menjadi viral. Ibu bapa biasanya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Ini juga dilakukan oleh seorang wanita dari Singapura ini.

Dilaporkan oleh Zao Bao melalui Worldofbuzz, wanita tua yang didakwa berusia 70 tahun ini sentiasa dilihat di kawasan perumahan Bedok Reservoir Road HDB.

Penduduk tempatan sering melihat wanita itu datang.

Ternyata, wanita tersebut mengantarkan makanan untuk anak perempuannya yang tinggal di flat tersebut.

Namun, ada sebuah kisah yang menyakitkan dari wanita tersebut.

DIa biasa akan tiba di tempat tinggal anaknya yang terletak di tingkat 7 kira-kira pukul 4 petang dan pergi pada pukul 6 petang. Wanita tersebut akan mengetuk pintu sambil memanggil nama anaknya.

Kawasan hunian Bedok Reservoir Road HDB, Singapura

Tetapi, perkara yang menyedihkan berlaku.

Penduduk setempat mengatakan bahawa wanita tua itu  selalu menunggu di pintu sehingga 2 jam demi bertemu anak perempuannya dan mengantarkan makanan yang sudah dibawa.

Perjuangan ini tidak dilakukan selama satu atau dua hari, tetapi telah berlaku selama 3 tahun yang lalu.

Seorang penghuni  mengatakan bahawa anak dari wanita tua itu adalah seorang janda berusia 40 tahun.

“Nenek itu mengatakan bahawa sejak suami anak perempuannya meninggal dunia, emosi anak perempuannya berubah drastik.”

Perempuan tersebut akan berada di dalam rumah seharian dan tidak mahu keluar dari rumah.

Itulah salah satu sebab si ibu  datang setiap hari untuk menghantar makanan.

Pada hari Sabtu sekitar jam 4 petang, wanita tua itu kelihatan lagi.

Dia membawa beberapa beg dan berdiri di luar sebuah flat.

Dia dilihat mengetuk pintu sambil memanggil nama anak perempuannya.

Wanita tua datangi putrinya setiap hari untuk antar makanan

Sayangnya, meski suaranya sampai  serak kerana memanggil anaknya, pintu flat tersebut tetap tertutup.

Tak ada orang yang keluar untuk membukakan pintu.

Lelah memanggil dan mengetuk pintu, wanita tua ini akhirnya pergi.

Dia terlihat duduk di kerusi batu di tingkat bawah.

Sekitar pukul 6 petang, dia kembali ke atas untuk meneruskan usahnya.

Wanita tersebut bahkan terdengar memohon ketika memanggil anaknya.

Akhirnya, setelah 15 minit pintu tersebut terbuka juga.

Seorang perempuan kurus muncul di sebalik pintu.

Wanita tua itu kelihatan lega dan memberikan senyum serta makanan yang dibawa pada perempuan tersebut.

 

Wanita tua mendapat perlakuan dingin dari anaknya

Walaupun sudah menunggu berjam-jam, dia tidak diajak masuk ke dalam rumah oleh anaknya.

Dia berdiri di luar pintu dan melihat anaknya makan makanan yang dibawa.

Setelah 30 minit, wanita tua tersebut membawa pulang kotak makan yang sudah kosong.

Ada yang mengatakan bahawa dia naik bas dari Toa Payoh ke Bedok Reservoir Road setiap hari demi mengantar makan untuk anaknya

Perjalanan tersebut biasanya menghabiskan waktu 1 jam.

Setiap hari tempuh perjalanan naik bus selama 1 jam

“Sejak suaminya meninggal, dia tidak mahu lagi meninggalkan rumah sendiri.

Jika aku tidak datang, bagaimana dia mahu keluar untuk makan?” ucapnya pada Zao Bao.

Kisah wanita ini dijadikan contoh tentang pengorbanan besar seorang ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.