Netizen Pro PAS Lancar Kempen Boikot Neelofa Hijab

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial (netizen) pro PAS melancarkan kempen boikot Neelofa ekoran tindakan selebriti popular itu membuat pelancaran koleksi tudung terbarunya, BeLofa di kelab malam popular, The Zouk semalam.

“Boikot besar-besaran kepada Neelofa. Tahukan anda, semalam beliau telah melancarkan koleksi tudung beliau di Kelab Malam?

“Kemudian berjoget terkinja-kinja. Kelab malam penuh dengan hidangan arak. kenapa mesti melancarkan tudung di kelab malam,” tertera status itu di laman Facebook Friends of PAS.

Status tersebut turut mempersoalkan kenapa artis itu tidak memilih tempat lain yang lebih sesuai untuk pelancaran tudung berkenaan.

“Sungguh keji perbuatan ini. Sedangkan banyak lagi tempat-tempat yang sesuai. Memakai tudung untuk menutup adalah syariat umat Islam.

“Tiada apa lagi yang boleh kita ajar, melainkan kita boikot beliau besar-besaran supaya perkara ini tidak diulang lagi,” soal pentadbir laman Facebook itu lagi.

Pada status yang sama turut dikepilkan poster Neelofa dengan tanda pangkah berwarna merah.

“Neelofa nak orang Islam berjoget pakai tudung di kelab malam ke,” itu kenyataan provokasi yang tertera pada poster Neelofa yang dikongsikan di status berkenaan.

Setakat ini lebih 10,000 netizen berkongsi status bersama poster tersebut di laman Facebook masing-masing. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.