YDP Agong Berkenan Kurnia Anugerah Tertinggi Negara Kepada Raja Salman

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Ahad berkenan mengurniakan darjah tertinggi negara kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Negara di sini.

 

Raja Salman dianugerahkan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)  pada istiadat khas sebelum majlis jamuan negara sempena meraikan baginda.

 

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

Raja Salman selaku Penjaga Dua Masjid Suci tiba untuk melakukan lawatan negara empat hari ke Malaysia bermula semalam atas undangan Yang di-Pertuan Agong.

 

Raja Arab Saudi itu sebelumnya diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini apabila tiba untuk memulakan lawatan. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.