Viola Davis Rangkul trofi Oscar idaman

LOS ANGELES: Rezeki memihak pada Viola Davis pada Oscar tahun ini apabila beliau akhirnya berjaya menerima anugerah kategori Aktres Pembantu Terbaik hasil lakonan mantap dalam filem Fences.

 

Setelah  tiga kali dicalonkan pada Anugerah Akademi itu, beliau akhirnya memeluk erat trofi emas Oscar yang berjaya dimenanginya hasil dari lakonan mantapnya dalam filem Fences.

 

Beliau berjaya mengalahkan pencabarnya, Naomie Harris yang membintangi filem Moonlight, Nicole Kidman (Lion), Octavia Spencer (Hidden Figures) dan Michelle Williams (Manchester by the Sea).

 

 

“Saya berbangga pekerjaan ini menjadi asas bagi kehidupan. Inilah satu-satunya kerjaya yang ‘menghidupkan’ lagi riwayat saya,” katanyaketika membuat ucapan setelah memenangi kategori itu.

 

 

Beliau juga mencatat sejarah sebagai pelakon kulit hitam pertama merangkul Anugerah Oscar, Anugerah Emmy dan Anugerah Tony melalui filem sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.