Video: Shuib, Siti Sarah Bersanding Selepas 6 Tahun Berkahwin

PUTRAJAYA – Hasrat pasangan selebriti, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raisuddin untuk bersanding termakbul apabila mereka diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung malam tadi.

 

Kedua selebriti itu melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di The Grand Ballroom, Bora Ombak, Marina Putrajaya sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keenam.

 

Majlis yang berlangsung meriah itu turut dihadiri ramai rakan artis, Zizan Razak, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Zarul Umbrella, Ezad Lazim, Zur Eda, Datuk M Nasir, Datuk Yusof Haslam, dan tidak ketinggalan rakan baik Shuib sendiri iaitu pasangan pengantin baru Jep dan isterinya Sari Yanti.

 

Pada majlis itu Shuib turut mengadakan kejutan kepada Siti Sarah dan tetamu dengan menyanyikan lagu berjudul Aku Lelakimu hasil ciptaannya sendiri.

 

Shuib dan Siti Sarah sebelum ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan baru hari ini mereka mengadakan majlis resepsi.

 

Kira-kira 500 tetamu yang hadir memeriahkan majlis bertemakan glamor turut menyaksikan Shuib menyarungkan cincin ke jari manis Siti Sarah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.