Video : Nurul Izzah Tak Berjaya Sabotaj Projek Di Kerinchi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak berjaya untuk sabotaj projek Kerinchi yang banyak memberi manfaat kepada pengundi di sini.

 

Beliau berkata, pembangunan di Kerinchi berbentuk Urban renewal yang dilakukan oleh pihak kerajaan bukan demi kepentingan politik semata-mata.

 

“Saya cukup mushyikil dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang cuba menggagalkan projek ini dan membawanya ke mahkamah.

 

“Dia hanya mengutamakan politik sebab kalau projek ini berjaya nama Barisan Nasional (BN) akan naik.

 

“Dia nak gagalkan dan bawa ke mahkamah akhirnya dia gagal dan projek ini menjadi kenyataan. Dan yang menjadi mangsa adalah 35  orang yang ikut hasutannya sekarang ini, telah menyesal. Kita tak dapatlah nak beri flat yang baharu ini (buat mereka), tetapi masih ada pertimbangan yang lain,”katanya dalam ucapannya sebentar tadi.

 

Tambahnya, beliau sudah berkali-kali berpesan supaya rakyat jangan termakan hasutan yang dicanangkan oleh pembangkang.

 

“Itulah saya kata kita jangan ikut hasutan. Kita kena menilai sama da sesuatu itu baik atau buruk. Ia boleh beri impak pada kita.

 

“Ini bukan soal politik tapi ini adalah kerpentingan dan kebajikan rakyat. Tidak seharusnya kita termakan dengan hasutan mana-mana pihak,”ujarnya.

 

 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, 35 daripada penghuni yang mengikut Nurul Izzah ke mahkamah sebelum ini kini berasa menyesal dan malu.

 

“Mereka 35 orang itu kini berlalu Allah. Mereka cuba berjumpa saya untuk dapatkan kembali rumah tersebut, tetapi saya kata mahkamah sudah putuskan mereka tidak mendapat rumah tersebut, tetapi mereka hanya dapat RM70,000 pampasan sahaja.

 

“Malah, Izzah pun sudah tinggalkan mereka. Saya cuba untuk dapatkan PPR Muhibbah untuk mereka. Jadi rumah yang cukup cantik bernilai RM500,000 ini tidak dapat untuk mereka,”katanya.

 

Dalam pada itu, Najib turut meluangkan masa melawat Residensi Kerinchi, kediaman moden bersepadu yang dibina khusus untuk penduduk awal mendiami kawasan Bukit Kerinchi.

 

Kemudahan yang dibina di pangsapuri untuk kemudahan penduduk seperti surau, medan selera, taman permainan, taska, dewan serba guna dan kolam renang sempena Majlis Perasmian Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan.

 

Terdahulu, Residensi Kerinchi dibina oleh Sez Domaind Sdn Bhd bagi menggantikan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi, rumah pangsa tiada bilik atau satu bilik setinggi empat tingkat dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada tahun 1972.

 

Rumah pangsa berkenaan dirobohkan empat tahun lalu dan digantikan dengan pembinaan pangsapuri moden setinggi 18 tingkat yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air akan memberikan keselesaan kepada seramai 472 bekas penghuninya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.