Video: Cikgu Hentak Kepala Pelajar

KUALA LUMPUR – Satu video menunjukkan seorang lelaki memukul kepala pelajarnya menjadi tular di media sosial menarik perhatian netizen.

 

 

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu memperlihatkan seorang lelaki berbaju merah memarahi pelajarnya yang sedang menjalani latihan amali mengisi gas penghawa dingin.

 

Selepas itu, lelaki terbabit menarik telinga, memukul kepala dan menendang mangsa sehingga terduduk.

 

Lelaki itu turut melemparkan perkataan kesar seperti ‘bodoh’ terhadap mangsa.

 

Dalam video tersebut, beberapa orang pelajar hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.

 

Rata-rata daripada netizen berasa marah atas tindakan lelaki terbabit.

 

“kalau akulah, aku hempuk cikgu tu dengan gas aircond tu, biar mengelupur dia dekat situ, panas pulak aku tengok,”tulis Amar Shuib.

 

“kalau aku kena, kuat aku lawan blk,”ujar Shahmien Atul.

 

 

“kena anak aku tapau cikgu ini aku balon,”kata Sabawi Bawal.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.