Rogol Ibu Tunggal: Lelaki Dihukum Penjara, Tiga Sebatan

KUALA PILAH – Seorang lelaki dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang ibu tunggal berusia 54 tahun, pada 11 Feb lalu.

 

Razali Mohd Radzi, 34, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Narimah Badruddin, lapor Bernama.

 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Feb lepas kira-kira pukul 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Guntur, Padang Lebar Batu Kikir.

 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azri mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

 

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Razali turut mengaku bersalah di hadapan Majistret Alau’ddin Baharom atas pertuduhan mencuri sebuah motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

 

Dia dijatuhi hukuman penjara 18 bulan bermula dari tarikh dia ditangkap dan dikenakan denda sebanyak RM3,000, atau penjara enam bulan.

 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Rinisha Priyya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.