Robocop Kini Jadi Realiti

BEIJING –  ‘Polis’ alaf baru yang dijadikan seperti ‘Robocop’ bernama Anbot digunakan untuk meronda di China.

 

Polis robot ini mampu mengecam penjenayah, mencari lokasi kebakaran dan turut mampu menunjukkan arah jalan.

 

Robot ini tidak merasa penat atau perlu berehat malah boleh membuat rondaan tanpa henti bila-bila masa diperlukan.

 

Science Times melaporkan, Anbot berkenaan boleh bertindak sebagai ‘syerif’ dengan dimuatkan perisian pengenalan wajah yang dapat membantu menjejak penjenayah yang dikehendaki polis.

 

Ia juga dapat membantu mereka yang sesat dan memerlukan tunjuk arah jalan ke lokasi khusus selain dapat mengenal pasti kecemasan berkaitan kebakaran, serta mampu memantau kualiti dan suhu udara.

 

Robot setinggi 1.6 meter itu bergerak menggunakan kamera dan arahan suara tertentu.

 

Ia ketika ini ditempatkan di Stesen Kereta Api Timur Zhengzhou, Henan, untuk menguji keberkesanannya membantu orang awam.

 

Robot itu dipercayai bakal dikembangkan untuk mengenal pasti keadaan berbahaya selain perisian antirusuhan untuk mengawal orang ramai yang bersikap agresif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.