Nenek berusia 94 Tahun Masih Berkungfu

ZHEJIANG – Sungguhpun sudah mencapai usia 94 tahun, seorang nenek di yang Tinggal di Wilayah Zhejiang masih mengamalkan kungfu dalam kehidupan sehariannya.

 

Memetik laporan BBC, anaknya, Feng Chuanyin berkata, ibunya yang digelar sebagai  ‘Nenek kungfu’sentiasa mengamalkan cara hidup seorang ahli kungfu, tidak hanya berlatih malah menggunakan kemahiran kungfu dalam rutin hariannya.

 
“Dia akan bangun seawal pagi dan memasak menggunakan dapur kayu. Kayu-kayu itu akan dibelahnya sendiri.

 

“Setelah itu, dia akan berlatih bersama saya. Anak saya pun selalu dimarahinya kerana tidak berlatih kungfu,” katanya.

 

Beliau aktif berkungfu selepas pernah diserang tiga lelaki ketika usianya masih muda.

 

“Selepas belajar dan berlatih, tiada siapa berani mengganggu saya lagi. Kungfu ni sihat tau,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Zhang Hexian juga akan memastikan keluarganya mengamalkan kungfu dalam kehidupan seharian mereka.

 

“Saya akan pukul cucu saya kalau mereka main telefon bimbit depan saya. Bagi saya, kungfu lebih bermanfaat daripada aktiviti mereka itu,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.