Malaysia, Arab Saudi Meterai Perjanjian Utama Dalam Pelbagai Bidang

PUTRAJAYA – Malaysia dan Arab Saudi hari ini memeterai beberapa perjanjian utama di pusat pentadbiran persekutuan di sini bersempena lawatan negara Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

 

Raja Salman dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan penandatanganan beberapa memorandum persefahaman (MoU), lapor Bernama.

 

Malaysia dan Arab Saudi menandatangani MoU mengenai kerjasama ekonomi, pekerja dan sumber manusia, serta kerjasama dalam bidang sains dan pendidikan.

 

Terdapat juga satu MoU di antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Arab Saudi (SPA) berhubung kerjasama dalam pertukaran berita.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.