Main Judi Ikan Laga

KEMAMAN – Seramai 20 lelaki beragama Islam bukan sahaja bertindak ponteng solat Jumaat malah sanggup bermain judi laga ikan ketika penduduk setempat khu­syuk mendengar khutbah di masjid berhampiran di Kampung Air, Jalan Mak Chili di sini pada Jumaat lalu.

 

Kumpulan lelaki itu menerima padah apabila sepasukan polis bertindak menyerbu mereka yang sedang leka berjudi ikan laga di dalam sebuah semak pada pukul 1.30 tengah hari.

 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 24 hingga 72 tahun itu terdiri daripada buruh dan penganggur.

 

“Serbuan turut merampas 30 botol mengandungi ikan laga yang dipercayai digunakan dalam perjudian tersebut.

 

“Ini merupakan kes pertama melibatkan perjudian ikan laga dilaporkan di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini semalam.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.