Macam Artis, Kawan Puji Wajah Suspek Bunuh Jong Nam

PETALING JAYA: Salah seorang daripada 2 suspek wanita yang dikatakan terbabit dalam serangan ke atas Kim Jong Nam, abang tiri diktator Korea Utara, sempat menyambut hari jadinya 2 hari sebelum insiden itu berlaku pada 13 Februari.

 
Video yang dimuat naik China Press di laman YouTube menunjukkan Siti Aisyah, 25, yang lahir di Jawa Barat, Indonesia, meniup lilin sambil disambut kawannya.

 
Aisyah yang memakai blaus merah dengan muka bersolek, kelihatan riang.

 
Satu lagi klip menunjukkan Aisyah bersama seorang rakannya “Kak Lin”, yang mukanya dikaburkan.

 

 

“Kita orang sudah lama tidak jumpa. Kita kawan sudah lama. Sudah 6 tahun sebelum Kak Lin kahwin lagi. Sampai sekarang Kak Lin sudah mengandung,” katanya sambil mengusap perut rakannya itu.

 
“Kak Lin” berkata sudah 5 bulan tidak berjumpa dengan Aisyah, sambil menyamakan Aisyah dengan seorang artis popular tempatan.

 
“Orang sebelah pun sudah jadi artis. Macam Uqasha Senrose,” katanya.

 
Aisyah dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, adalah antara 4 suspek ditahan polis disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong Nam.

 
Kedua-dua wanita itu dirakam kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menyerang Jong Nam dipercayai menggunakan sejenis bahan kimia yang dikategorikan sebagai senjata pembunuh merbahaya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.-FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.