Ketatkan Kawalan Visa Ke Atas Warga Korea Utara

SHAH ALAM – Malaysia perlu ketatkan kawalan visa ke atas warganegara Korea Utara yang memasuki negara ini.

 

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa rakyat negara tersebut telah menyalahgunakan kemudahan tersebut dan meminta kaji semula dasar negara yang ada.

 

“Sekarang, pelancong daripada Korea Utara tidak memerlukan visa sebelum masuk ke Malaysia dan kita mungkin satu-satunya negara yang beri ruang tersebut.

 
“Oleh itu, saya minta dikaji semula dasar negara memandangkan ada pihak telah menyalahgunakan perkara tersebut,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran dan aktiviti ‘Malaysia Book of Record’ ‘Largest Fans with Scarf’ di Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

 

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dekat sini pada 13 Februari sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dikenakan dengan cecair beracun.

 

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

 

Sementara itu, Nurul Izzah turut meminta agar tindakan yang tegas dapat diambil berikutan dengan kes ini.

 

“Kita berhadapan dengan negara yang tidak rasional jadi saya merasakan tindakan tegas harus diambil supaya ia tidak akan berulang,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.