Impian Lisa Tercapai

Pelakon Lisa Surihani teruja dilantik menjadi duta nasional Tabung Kecemasan Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

 

Isteri kepada pelakon dan pengarah Yusri KRU itu gembira kerana impiannya sejak dari zaman persekolahan menjadi kenyataan.

 

“Pelantikan ini bagaikan sebuah penghormatan besar buat saya kerana ia merupakan impian sejak dahulu untuk terlibat dalam UNICEF. Ketika menerima e-mel pihak berkenaan beberapa bulan lalu, saya terkejut sehingga membaca tawaran itu berkali-kali kerana tidak percaya.

 

“Terdetik juga, layakkah saya untuk menyandang peranan berkenaan, namun dalam masa sama ia merupakan peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan,” katanya, lapor Kosmo.

 

Mampu berdiri setanding dengan beberapa bintang antarabangsa yang turut menjadi duta UNICEF seperti Priyanka Chopra, Aamir Khan dan Jackie Chan, aktres berusia 30 tahun itu berkata, sebab utama dia menerima tawaran tersebut adalah untuk mempelajari banyak perkara baharu bersama UNICEF.

 

Selepas pelantikannya disempurnakan Duta Rasmi UNICEF Malaysia, Marianne Clark-Hattingh, ujar Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed berkata, sebagai duta, dia berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat menangani isu berkaitan kanak-kanak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.