Finalis Lima Kategori Oscar Dapat Hadiah RM100,000

LOS ANGELES: Selain tumpuan terhadap penerima trofi Oscar, ganjaran istimewa kepada calon lima kategori utama termasuk Pengarah Terbaik menarik perhatian peminat setiap kali Anugerah Akademi dianjurkan.

 

Andai gagal membawa pulang trofi bagi kategori Aktor, Aktres, Aktor Pembantu, Aktres Pembantu dan Pengarah Terbaik, finalis masih boleh tersenyum dengan ganjaran bernilai RM100,000 seorang.

 

Pada Anugerah Akademi Ke-89 yang sedang berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood, California, beg ganjaran istimewa untuk finalis lima kategori terbabit dinamakan Madison & Mulholland Awards Season Gift Bag.

 

Difahamkan, beg hadiah itu mengandungi 18 barangan dan baucar produk mewah termasuk penginapan enam bintang di Hotel Hamptons Baron’s Cove Sag Harbor, New York.

 

Turut dihadiahkan adalah set barang kemas, produk penjagaan diri, mekap, aksesori kediaman, beg tangan pereka, alat elektronik, makanan kesihatan, persalinan dan bahan bacaan.

 

Beg sumbangan Distinctive Assets yang digelar ‘Everyone Wins Bags’ pula mengandungi hadiah istimewa penginapan tiga hari di kediaman agam iaitu di Lost Coast Ranch di Utara California, Hotel Grand Excelsior Vittoria di Sorrento, Itali serta Hotel Grand Tremezzo di Lake Como, Itali. Namun, apa yang pasti, beg hadiah atau ‘swag bags’ yang diberi kepada calon lima kategori terbabit kali ini tidak

 

seperti tahun lalu. Pada acara sama tahun lalu, finalis menerima beberapa peralatan pelik termasuk produk perangsang seks. – Agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.