Drone Bantu Harimau Alami Obesiti

HEILONGJIANG – CHINA. Pusat Perlindungan harimau di Heilongjuang menggunakan drone untuk membantu harimau yang mengalami masalah kegemukan di pusat itu menurunkan berat badan.

 

Memetik laporan New York magazine, penggunaan drone dilihat sebagai ‘diet teknologi’ baharu yang diguna pakai di pusat perlindungan harimau tersebut.

 

Untuk tujuan itu, difahamkan drone akan dilepaskan terbang rendah bagi membiarkan harimau-harimau di pusat itu berlari mengejar drone tersebut.

 

Sementara itu, video yang memaparkan reaksi harimau itu apabila drone dilepaskan kepada haiwan berbelang tersebut tersebar di media sosial, lantas mendapat respon positif daripada netizen alam maya.

 

Rakaman video itu mendedahkan aksi berkejar-kejaran harimau itu dan berakhir apabila drone itu berjaya ‘dirampas’, drone itu bagaimanapun berjaya ‘melepaskan diri’ selepas asap dikeluarkan bagi mengelak ia dirosakkan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.