Ditembak Bos, Pertikai Gaji

PRETORIA – Seorang pemandu lori hampir melayang nyawa selepas ditembak majikannya semata-mata kerana mahukan penjelasan mengenai gajinya yang dipotong tanpa sebab.

 

Thamsanqa Mbelu, 60, pergi menemui majikannya di pejabat selepas melihat gajinya kurang 400 rand (RM138).

 

Bagaimanapun, dia terkejut apabila lelaki terbabit mengeluarkan pistol yang diacukan terhadapnya dan tiba-tiba melepaskan tembakan.

 

“Saya bersemuka dengannya kerana tidak berpuas hati gaji dipotong, namun dia tiba-tiba marah dan mula menembak saya.

 

“Beberapa hari sebelum itu saya cedera ketika memunggah barang dari lori saya. Saya memaklumkan bos mengenai kecederaan itu dan dia mengarahkan saya mendapat surat doktor sebagai bukti.

 

“Ketika itu saya memang menjanjikan menyerahkan surat doktor sebagai pengesahan tetapi memerlukan masa beberapa hari. Saya tidak menyangka dia terus memotong gaji tanpa menunggu pengesahan itu,” katanya.

 

Sementara itu, majikannya enggan mengulas kejadian berkenaan.

 

Jurucakap polis, Kapten Nqobile Gwala mengesahkan kejadian itu.

 

“Seorang lelaki berusia 60 tahun nyaris ditembak seorang suspek dan berjaya melarikan diri.

 

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat,” katanya.-Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.