Anggota Geng Pukau Tumpas, Diikat Pada Pokok

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga China disyaki terlibat dengan kes penipuan menggunakan pukau ditahan orang ramai dan mengikatnya di sebatang pokok di pasar pagi Pusat Bandar Puchong, dekat sini, semalam sebelum diserahkan kepada polis.

 
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, ketika kejadian berlaku pada 10.30 pagi, seorang wanita tempatan berusia 58 tahun ternampak wanita terbabit yang dipercayai pernah menipunya kira-kira 7 bulan lalu.

 
Beliau berkata, mangsa kemudiannya meminta bantuan orang ramai untuk menangkap wanita terbabit yang berusia 56 tahun.

 
Megat Mohd Aminuddin berkata, menerusi laporan polis pada 28 Ogos tahun lalu, mangsa didatangi wanita berkenaan meminta bantuan untuk membawa anaknya yang kononnya sakit berjumpa rakannya di kawasan berhampiran.

 

 

“Kemudian datang seorang lagi wanita sehingga mangsa berasa bimbang dengan keselamatannya.

 
“Namun, salah seorang suspek terus memegang tangan mangsa dan merayunya agar menolong mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 
Beliau berkata, mangsa tiba-tiba bersetuju mengikut kedua-dua wanita berkenaan ke taman perumahan berhampiran.

 
Selepas menemui seorang lagi wanita, katanya, mangsa diarah menanggalkan barangan kemas dipakainya dan letak dalam sebuah beg.

 
“Ketiga-tiga mereka kemudian melarikan diri bersama rantai emas berserta loket kristal, gelang tangan emas dan gelang tangan kristal milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM10,000.”Katanya.

 

Wanita yang ditahan itu direman 4 hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.