10 Gadis Kelantan Asyik Menari Poco-Poco

KOTA BHARU –  Kegembiraan sekumpulan wanita menari tarian poco-poco pada majlis makan malam di hotel di sini, terbantut apabila diserbu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), kelmarin.

 

Dalam kejadian jam 10.30 malam, serbuan itu turut disertai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pihak berkuasa memperoleh maklumat penganjur tidak memohon permit, lapor Metro.

 

Ketika serbuan dijalankan, tetamu yang hadir dihiburkan dengan muzik serta 10 wanita menari tarian poco-poco.

 

Ketua Operasi Mohd Halimie Md Salled berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat orang awam.

 

“Ketika diserbu, 10 wanita asyik menari dan tidak menyedari majlis terbabit diserbu sehingga muzik dihentikan.

 

“Selepas pemeriksaan dijalankan, penganjur majlis yang juga wanita berusia 34 tahun didapati tidak memohon kelulusan MPKB-BRI,” katanya.

 

Menurutnya, MPKB-BRI mengeluarkan kompaun kepada penganjur mengikut Enakmen Hiburan kerana mengadakan hiburan tanpa permit, selain bercampur lelaki dan perempuan.

 

Dalam pada itu pihaknya menyita set sistem PA yang digunakan ketika persembahan dengan nilai rampasan RM5,000.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.