UMNO Pagoh Tolak Keputusan Gantung Muhyiddin

MUAR – Mesyuarat khas UMNO Bahagian Pagoh hari ini menolak keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti.

 

Setiausaha UMNO bahagian itu, Asraf Mokhtar, berkata penolakan itu dibuat selepas mesyuarat mendapati keputusan MT tidak mengikut Perlembagaan UMNO.

 

“Keputusan MT tidak mengikut prosedur seperti yang termaktub dalam Fasal 20 berkaitan disiplin mengikut Perlembagaan UMNO.

 

“Muhyiddin dipilih (sebagai Timbalan Presiden UMNO) oleh ahli parti di seluruh negara, maka tindakan MT itu sudah mengkhianati ahli UMNO,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Kompleks Seri Perkembar di sini, sebentar tadi.

 

Semalam, MT UMNO memutuskan penggantungan jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

 

Bagaimanapun, jawatan lain yang masih disandang oleh Muhyiddin dalam parti masih kekal. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.