Kakitangan Malaysia Insider Mengeluh, Gaji Dibayar Separuh – Raja Petra

Kuala Lumpur – Beberapa wartawan portal pro-pembangkang The Malaysia Insider (TMI) dilaporkan mengeluh apabila memperoleh hanya separuh daripada gaji dalam tempoh masa yang agak lama.

 

Ia berlaku disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat berkenaan akibat daripada penurunan pembaca kata penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

 

“Keadaan semakin sukar di sini. Gaji sering lambat dibayar dan pelbagai alasan diberikan pihak pengurusan ada beberapa bulan gaji dibayar separuh sebelum bakinya dilangsaikan pada pertengahan bulan.

 

“Dengar khabar, bantuan kewangan yang sering kami perolehi sebelum ini sudah terhenti, beberapa rakan wartawan lain sudah mula mencari kerja lain tetapi banyak juga permohonan ditolak,” kata wartawan TMI yang enggan mendedahkan namanya itu

 

Menurut Raja Petra lagi, justeru itu TMI terpksa mengambil tindakan ‘berani mati’ dengan mengunakan isu-isu yang berlandaskan spekulasi semata-mata bagi meningkat bilangan pembaca dengan cara itu hasil penjualan iklan akan bertambah.

 

“Adakah di kalangan wartawan dan editor TMI terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di blog gosip dan menulis berdasarkan ‘kata dia’, ‘jirannya kata’ atau ‘seorang rakan’ seperti kolum gosip akhbar? Wartawan sebenar tidak akan menulis bersandarkan spekulasi apatah lagi ia melibatkan satu kes siasatan.

 

“Laporan TMI seumpama ini cenderung kepada bersifat jahat dalam menimbulkan persepsi negatif disebalik hakikat sebenar. Dan kita semua tahu, ia bukan pertama kali dilakukan wartawan gosip TMI.” ujar Raja Petra lagi. – SuaraTV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.