Dua Maut Pesawat Terhempas Di Nepal

KATHMANDU – Dua maut apabila sebuah pesawat kecil dengan 11 penumpang dan kru terhempas di kawasan pergunungan di barat Nepal, dua hari selepas tragedi sama meragut 23 nyawa.

 

Pesawat berkenaan membawa 11 penumpang dan anak kapal. Sembilan mangsa lagi cedera dalam tragedi di daerah Kalikot, 320 kilometer ke barat Kathmandu, kata pegawai tentera, Tara Bahadur Karki.

 

Pesawat itu milik Kasthamandap Airlines mengalami masalah teknikal dan cuba mendarat di ladang berhampiran gunung dan terhempas.

 

Ia dalam penerbangan dari Nepalgunj di barat daya Jumla. Kawasan terpencil itu terletak sekurang-kurangnya empat jam perjalanan dari bandar terdekat.

 

Nahas menunjukkan rekod keselamatan buruk industri penerbangan Nepal, terutama selepas tragedi Rabu lalu dalam cuaca buruk di wilayah sama, nahas kedua negara itu dalam masa beberapa tahun.

 

Pasukan mencari dan menyelamat berjalan kaki ke lokasi kejadian, kata ketua pegawai daerah, Pradeep Shrestha – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.