Video: Puluhan Berhala Di Musnahkan Di Iraq

KUMPULAN Negara Islam (IS) bertindak memusnahkan patung-patung ukiran bersejarah yang dikatakan bernilai tinggi di sebuah muzium di Iraq.

 

Kerja pemusnahan patung-patung itu telah dirakam sebelum dimuat naik ke laman sosial yang kemudian turut dipertikai media barat.

 

 

Patung ukiran berusia lebih 3,000 tahun itu merupakan bahan pameran paling berharga di Muzium Nineveh, Mosul sejak berpuluh tahun lalu.

 

Bagaimanapun kerana ia disifatkan bertentangan dengan syariat Islam, IS bertindak memusnahkan kesemua ukiran tanpa mengira faktor sejarahnya.

 

Salah satu patung yang dimusnahkan dan mendapat perhatian barat ialah, ukiran lembu bersayap yang dikatakan telah diukir pada abad kesembilan.

 

Anggota IS yang memusnahkan patung itu memberitahu, tindakan itu dibuat bagi mengelak penyembahan berhala di Mosul yang dijajah kumpulan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.