Tomok Timang Anak Kedua

Kuala Lumpur – Pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang, Tomok selamat menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada jam 1.34 petang tadi.

 

Perkara itu disahkan sendiri olehnya menerusi laman Twitter, hari ini.

 

“Isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 1.34 tengahari tadi.. bayi lelaki seberat 3.33kg.. Alhamdulillah,” tulisnya di laman Twitter.

 

Sebelum ini Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan dan isterinya Ayu mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan secara normal pada 29 Mei 2012.

 

Tomok yang juga peserta Masterchef Selebriti Malaysia mendirikan rumahtangga dengan Ayu atau nama sebenarnya Siti Rahayu Abbas pada 1 Julai 2011.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.