Terbuka Windy City: Nicol Lepasi Halangan Pertama

Kuala Lumpur – Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis.

 

Pemain nombor satu dunia itu, yang membuat penampilan sulung pada kejohanan tersebut, hanya mengambil masa 30 minit menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Olivia Blatchford 11-3, 11-6 dan 12-10.

 

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu akan berdepan pemain dari Mesir, Heba El Torky pada pusingan kedua.

 

Heba menumpaskan pemain India, Dipika Pallikal 11-9, 11-9, 5-11 dan 11-6 pada perlawanan yang berlangsung selama 43 minit.

 

Sementara itu, dua lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern dan Delia Arnold akan beraksi pada perlawanan masing-masing lewat Jumaat.

 

Pemain nombor lapan dunia, Wee Wern, akan bertemu Habiba Mohamed dari Mesir pada 2 petang (4 pagi, Sabtu waktu Malaysia), manakala Delia akan menentang juara bertahan, Laura Massaro dari England pada 5 petang waktu tempatan (7 pagi, Sabtu waktu Malaysia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.