Sojin (Baby Kara) Mati Bunuh Diri

PENYANYI Sojin yang juga anggota kumpulan Baby Kara meninggal dunia dipercayai akibat cubaan membunuh diri.

 

Soompi melaporkan Sojin dijumpai di sebuah taman di bawah pangsapuri tempat tinggalnya dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

 

Sojin atau nama sebenarnya Park Sojin, 22, adalah peserta sebuah program televisyen yang mencari bakat baru untuk menyertai kumpulan Kara.

 

Dalam pada itu, pihak pengurusannya dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai berita berkenaan dan meminta pihak keluarga diberikan ruang untuk mengebumikan mayat Sojin dengan tenang.

 

Sebelum kejadian, Sojin dilaporkan memberitahu dia mahu pulang ke rumah keluarganya di Daejeon selepas selesai mengadakan persembahan pada malam sebelum kejadian.

 

Bagiamanapun polis masih menyiasat punca kematian Sojin. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.