Najib Rasmi Projek Hospital Sri Aman

SRI AMAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Majlis Peletakan Batu Asas Hospital Sri Aman.

 

Hospital pakar minor itu yang membabitkan kos RM150 juta dijangka siap sebelum 2018 selepas kerja pembinaan bermula bulan ini.

 

Pembinaan hospital itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kerajaan Persekutuan, khusus dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih sempurna kepada masyarakat luar bandar di bahagian ini.

 

Yang hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

 

Projek Hospital Sri Aman diumumkan pada Pilihan Raya Negeri 2011 dan mendapat tumpuan Najib selaku Menteri Kewangan sejajar dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, terutama di kawasan luar bandar. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.