Video: Power Rangers Versi ‘Gelap’ Dan ‘Ganas’

FILEM Power Rangers terbaru yang penuh dengan aksi darah dan watak Rangers dibunuh seorang demi seorang langsung tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

 

Sebuah filem pendek hasil peminat (fan made) menampilkan Power Rangers pada masa hadapan, disertai perlawanan antara robot-robot yang menyerupai Transformers.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2i7nf2_power-rangers-reboot-r-rated

 

Filem pendek berdurasi 14 minit dan 19 saat tersebut yang dimuatnaik ke laman YouTube merupakan hasil garapan pengarah filem terkenal ‘Lone Survivor’ dan ‘Dredd’, Adi Shankar.

 

Menerusi filem bertajuk Power/Rangers ini, kesan khas setaraf Hollywood digunakan. Aksi berdarah dan juga penggunaan senjata api menyebabkan filem ini tampak ganas.

 

Karya berbeza ini jelas menarik perhatian berjuta-juta pelayar YouTube, di mana ia berjaya menarik hampir 4.4 juta perhatian selepas 22 jam dimuatnaik.

 

Peminat Power Rangers jelas mengkritik filem tersebut yang terlalu ganas dan kejam, namun pujian dan harapan juga banyak diberikan oleh peminat filem aksi supaya filem tersebut diolah menjadi sebuah filem yang panjang dan lengkap.

 

Jalan cerita yang ditampilkan pula mengandungi banyak ‘plot twist’ dan mengandungi kesan khas dari filem ‘Ironman’ dan juga filem ‘Transformers’.

 

Peminat Power Ranger dan peminat filem aksi boleh menonton filem ini, tapi bersedialah untuk penamat yang bakal mengejutkan anda.

 

Susulan filem pendek terbitan penerbit filem indy, Adi Shankar kemungkinan disaman oleh pemilik hak-cipta asal Power Rangers iaitu Saban Entertainment.

 

Pada Khamis lalu, filem tersebut berjaya mencatatkan lebih 11 juta tontonan dalam tempoh 48 jam ia di muatnaik ke YouTube.

 

Adi serta pengarah, Joseph Kahn melalui kemaskini Twitter mereka pada Khamis seolah-olah mengesahkan telah menerima ugutan saman daripada Saban Entertainment.

 

Joseph meminta peminat untuk menulis kepada saban agar tidak menghalang muat naik video arahannya itu untuk terus berada di YouTube. Sebelum ini, video ‘Power/Rangers’ yang dimuat naik ke platform vimeo telah pun dipadamkan.

 

Penerbit filem versi ‘bootleg’ itu pula memuat naik artikel kemungkinan filem terbitannya itu akan dikenakan tindakan undang-undang paling penting dalam sejarah perfileman dunia.

 

Dalam masa sama, Joseph meminta peminat untuk memuat turun karya terbarunya itu dan turut memesan agar filem berkenaan tidak dijual tanpa kebenaran pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.