DUN Chempaka Bukan Tempat Saya – Ibrahim Ali

Kota Bharu – “Saya tidak mempunyai penyokong di kawasan DUN Chempaka kerana ia bukan tempat saya, tempat saya di Pasir Mas,” kata Datuk Ibrahim Ali.

 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu menambah, “Kalau di Pasir Mas berlaku kekosongan sudah tentu saya bertanding.”

 

Ibrahim mengulas sama ada beliau berhasrat bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini.

 

Katanya, beliau tidak berupaya dari segi kewangan dan tidak mempunyai jentera pilihan raya kerana tidak menjadi anggota mana-mana parti.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon ialah pada 10 Mac.

 

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

 

Pada pilihan raya umum ke-13, Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang dengan majoriti 6,500 undi.

 

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.