Dua Maut, Dua Parah Kereta Langgar Pokok

Alor Setar – Dua maut manakala dua lagi cedera parah, setelah kereta yang mereka naiki melanggar sebatang pokok di Kilometer 43.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Bukit Kayu Hitam, pagi tadi.

 

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mohd Supuri Din berkata, lapan anggota bersama sebuah jentera serta Unit Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan pada jam 7.43 pagi.

 

“Sebaik tiba, terdapat empat mangsa wanita berumur lingkungan 20-an hingga 30-an, tiga daripada mangsa tersepit di dalam kereta Kia Cerato, manakala seorang lagi tercampak keluar.

 

“Dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang di sebelah dan belakang pemandu, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang yang tercampak keluar cedera parah,” katanya kepada Bernama, ketika dihubungi hari ini.

 

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.