400 Lelaki Potong Kemaluan, Atas Alasan Mahu Dekat Dengan Tuhan

New Delhi – Seorang guru keagamaan yang kini menjadi pelakon filem didakwa berjaya meyakinkan 400 lelaki untuk memotong kelakian mereka demi mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.

 

Akhbar The Sydney Morning Herald melaporkan prosedur berkenaan dikatakan dijalankan sekitar tahun 2000 tetapi baru-baru ini mangsa hanya berani mendedahkan perkara yang dilakukan oleh Gurmeet Ram Rahim Singh, yang mempunyai kira-kira 40 hingga 50 juta pengikut di seluruh dunia.

 

Dikenali sebagai guru ‘bling’ dan mempunyai harta bernilai kira-kira USD 40 juta (RM144.46 juta), Singh juga menggesa pengikutnya memotong kemaluan untuk mendekatkan diri dan berkomunikasi dengan Tuhan secara terus.

 

Saksi berkata prosedur pemotongan kemaluan itu dibuat di hospital yang dipunyai oleh organisasi agama kepunyaan Singh.

 

Beberapa saksi turut bersetuju untuk memberi kenyataan di mahkamah, berkemungkinan akan menghentikan sejarah Singh yang berjaya mengelak daripada dikenakan hukuman.

 

Singh didakwa terlibat dalam konspirasi pembunuhan wartawan penyiasat pada 2002 dan beberapa pengikut wanita yang mendakwa didera secara seksual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.