Video: Pembeli `Histeria’ Berebut Nutella Selepas Potongan Diskaun 70 Peratus

Kelam kabut. Sebuah pasar raya menjadi kecoh selepas orang ramai menyerbu untuk membeli coklat Nutella setelah harganya diberikan potongan 70 peratus.

Pasr raya Intermarche di Perancis itu menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja potongan harga diumumkan.

Ia juga mengakibatkan suasana menjadi kelam kabut apabila orang ramai berebut-rebut untuk membeli Nutella dan mengambil produk berkenaan yang diletakkan di atas rak, sebanyak yang mungkin.

“Orang ramai menyerbu masuk dan memecahkan barang. Kami hampir memanggil polis,” kata seorang pekerja di situ.

Pasar raya berkenaan biasanya menjual Nutella pada harga RM21.96 sebotol namun dengan harga diskaun, ia dijual pada harga RM6.81. Harga berkenaan menyebabkan orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun netizen tidak teruja dengan keadaan tersebut malah ramai yang terkejut kerana orang ramai sanggup berpusu-pusu ke situ semata-mata untuk membeli Nutella.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.