TRW Yakin Beraksi Sebelah Malam

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yakin pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini akan mencapai tahap yang ditetapkan oleh Football Limited Liability Partnership (FMLLP).

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya sentiasa berbincang dengan Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) untuk mendapatkan perkembangan semasa berhubung perkara tersebut.

“Melihat kepada komitmen PSK itu, kita optimis Kelantan akan beraksi pada waktu malam sebagaimana kebiasaan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran jersi TRW dan pengenalan pemain di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini, petik Utusan

Sebelum ini lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV tidak mencapai tahap pencahayaan 1,200 lux yang telah ditetapkan oleh FMLLP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.