Pusat Urut Punca Bangkok Tenggelam

Pihak berkuasa Thailand, termasuk polis sedang menyiasat kemungkinan pusat pelacuran yang bersepah di Bangkok itu mengepam air bawah tanah untuk perniagaan mereka yang menjadi antara penyebab bandar raya berkenaan semakin tenggelam.

Siasatan itu dilakukan selepas serbuan terhadap pusat urut ‘Victoria Secret’ awal bulan ini, yang bukan saja menemui sejumlah pelacur bawah umur dan rekod sogokan kepada kakitangan kerajaan, termasuk polis, malah pusat itu menyedut air bawah tanah bagi mengelak membayar bil air yang tinggi.

Kajian mendapati perbuatan menyedut air bawah tanah menjadi penyumbang terbesar Bangkok yang terletak di tepi tebing Sungai Chao Phraya, semakin tenggelam dengan kadar 10 sentimeter setahun sejak 1970-an.

Penolong Pengarah Jabatan Jenayah Sumber Asli dan Alam Sekitar polis Thailand, Suwat Inthasit, berkata puluhan pusat urut besar yang menyediakan bilik mandi khas untuk pelanggan menerima layanan seksual sedang diperiksa bagi sumber air yang digunakan, sama ada air bawah tanah atau air dibekal jabatan bekalan air.

Pakar memberi amaran sebahagian Bangkok akan tenggelam pada 2030 berikutan kenaikan paras laut dan iar bawah tanah yang semakin kering, lapor Metro

Menyedut air bawah tanah memerlukan kebenaran kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.