PAN Jangan Lupa, Mahathir Pernah Hina Nabi Muhamad, Kata Pemimpin PAS

TUMPAT – Pemimpin Pas menempelak ‘sekutu’ lamanya, PAN yang bersama Pakatan Harapan diketuai DAP kerana tegar memilih Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, hal demikian kerana pelbagai siri penghinaan yang pernah dilafazkan oleh bekas Perdana Menteri itu sewaktu zaman pemerintahannya.

“Satu ketika dahulu , Dr. Mahathir pernah menyatakan bahawa Nabi Muhamad SAW berjanggut dan tidak bercukur kerana dizamannya tiada pisau ‘Gillete’. Adakah ini pemimpin pilihan yang diangkat oleh PAN?

“Kita (Pas) sebuah parti yang telah lama perjuangkan Islam selama 28 tahun. Namun, ada parti (PAN) yang berniat menjatuhkan kita pula,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Mega Bangkit Pertahan Tumpat di Pekarangan Pasar Wakaf Bharu , di sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Penerangan Pas negeri, Datuk Nasarudin Daud dan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.