Mukhriz Malu Mengaku Rakyat Malaysia Tapi Mimpi Mahu Jadi PM – Rahman

KUALA LUMPUR – Ucapan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mengaku malu menjadi rakyat Malaysia sebaliknya mendakwa berasal dari Brunei adalah kenyataan yang cukup memalukan bagi seorang ahli politik yang bermimpi mahu menjadi Perdana Menteri negara ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kenyataan Timbalan Presiden PPBM itu tidak boleh diterima kerana mempermainkan soal patriotime dan semangat sayangkan negara.

“Kamu marah dengan PM (Datuk Seri Najib Tun Razak) itu hal awak. Tak mengaku orang Malaysia? Itu tak boleh diterima.

“Patriotisme dan sayangkan negara tidak mengenal isu dan tidak boleh dipermainkan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang mimpi mahu menjadi Perdana Menteri (negara ini),” kata Rahman Dahlan.

Semalam portal Sinar Online melaporkan Mukhriz ketika berucap di majlis Sarapan Pagi di Baling, Kedah berkata apabila berada di luar negara beliau malu mengaku sebagai rakyat Malaysia.

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah,” ujarnya.

Bagaimanapun kurang 24 jam selepas ucapan berkenaan mencetuskan kontroversi di media sosial dan dikecam netizen, hari ini Mukhriz melakukan pusingan U menafikan laporan berkenaan.

Mukhriz menerusi kenyataan Setiausaha Akhbarnya Mohd Fisol Jaafar sebaliknya menuding jari menyalahkan wartawan sebagai silap memetik kenyataan berkenaan.

“Wartawan Sinar Harian memetik (ucapan) Mukhriz luar daripada konteks dalam artikel yang diterbitkan.

“Mukhriz bercakap mengenai rakyat Malaysia secara umumnya, yang malu dengan ‘imej yang tercemar’ di arena antarabangsa,” kata Fisol. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.