Maut Bergaduh Dengan Kekasih

Penuntut wanita sebuah kolej swasta meninggal dunia selepas bergaduh dengan teman lelakinya dalam kejadian di tepi jalan Jalan Miri-Bintulu berhampiran Lambir, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4 pagi itu, mangsa, Doris Daun Bila, 22, disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Miri oleh teman lelakinya berusia 23 tahun yang juga suspek kejadian.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama suspek dalam perjalanan pulang dari Setulai Baru selepas minum bersama rakan mereka.

Menurutnya, mangsa kemudiannya meminta suspek pulang bersamanya kerana suspek terlalu mabuk

“Bagaimanapun, suspek enggan pulang mengakibatkan berlaku pergaduhan. Namun, suspek akur dan pulang bersama mangsa dengan menaiki kereta.

“Setibanya ke kawasan Lambir, suspek dan mangsa berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dan suspek sekali lagi bergaduh mengakibatkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum suspek meminta bantuan abangnya untuk membawa mangsa ke Hospital Miri,” katanya, lapor Metro

Katanya, setibanya ke hospital, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dengan kesan kecederaan di kepala.

“Suspek dan abangnya kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.