Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Saudagar Merah-Amiran Technology

KUALA LUMPUR – Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang (GREAT) dan Amiran Technology Sdn Bhd hari ini menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bagi meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan usahawan di dalam sektor Program `Syn-Hybrid Generator’ inovasi terbaharu yang dihasilkan di bawah program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang (GREAT) Datuk Mohd Fadley Ma’amin berkata kerjasama itu bertujuan meningkatkan kerjasama dalam usaha pembangunan PKS terutamanya usahawan muda di samping meningkatkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa.

“Sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyahut seruan kerajaan, saya gembira Saudagar Merah bergerak aktif membantu bukan sahaja ahli tetapi juga masyarakat yang bukan ahli.”

“Sambutan terhadap program ini juga amat baik sekali dan ini menunjukkan kita di jalan yang benar dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Skop kerjasama antara kedua-dua pihak meliputi perkhidmatan inovasi Hybrid Booster yang merupakan produk dalam kategori Aksesori Premium untuk kegunaan kenderaan yang dijangka dapat membangunkan Teknologi Hijau dan Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy).

Menurut Pengurus Besar Amiran Technology Sdn Bhd Azam Al Yahya, produk ini dicipta secara khusus bagi semua jenis enjin petrol/diesel/ngv dengan membekalkan gas hidrogen bagi membantu pembakaran lebih sempurna di dalam enjin di samping memelihara alam sekitar serta berkongsi peluang kepada usahawan-usahawan muda bumiputera.

Perjanjian itu dimeterai pada Program Penerangan Ekonomi Semasa, Media Sosial dan Peranan serta Tanggungjawab belia generasi masa kini anjuran Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang yang dihadiri ahli serta bakal usahawan yang terdiri kebanyakannya di kalangan belia.

3 thoughts on “Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Saudagar Merah-Amiran Technology

  • January 27, 2018 at 9:02 pm
    Permalink

    Tahniah kpd Saudagar Merah Terbilang

    Reply
  • January 27, 2018 at 9:04 pm
    Permalink

    Ekonomi Terbela Ummah Sejahtera

    Reply
  • January 27, 2018 at 9:56 pm
    Permalink

    congratulations red entrepreneur

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.