Giliran Pelakon Fizz Fairuz Bergelar Datuk

KUALA LUMPUR — Pelakon Fizz Fairus hari ini menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, lapor Bernama.

Fizz, nama popular Mohd Fairus Zainal Abidin, menerima gelaran itu sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Mendahului senarai 196 penerima darjah kebesaran dan pingat hari ini ialah adinda Sultan Ahmad Shah, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar.

Tengku Nor Akmar merupakan penerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pelakon Farid Kamil dan dan Aaron Aziz bulan lalu juga menerima pingat DIMP yang membawa gelaran Datuk. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.