Gempar Kubur Purba Belakang Rumah

Seorang penduduk Beth Hanoun di Semenanjung Gaza gempar selepas menemui sebuah tanah perkuburan purba di belakang rumahnya.

Abdelkarim al-Kafarna berkata pada Jumaat, dia menemui sebuah makam yang yang terdiri daripada sembilan lubang dengan tulang dan beberapa periuk tanah liat.

Menurut Al-Kafarna, tapak tersebut ditemui secara tidak sengaja olehnya selepas hujan lebat melanda.

Ahli arkeologi di Gaza percaya bahawa tapak tersebut berusia sekitar dua ribu tahun sejak zaman Rom sewaktu sebahagian wilayah itu menjadi sebahagian daripada empayar mereka, petik Awani

Bagaimanapun ujian lanjut mengenai kesahihan usia tapak tersebut perlu dilakukan bagi mendapatkan usia sebenar tapak bersejarah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.