Gadis Bunuh Diri Selepas Tersalah Hantar Mesej Kepada Kekasih Bahawa Dia Curang

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah membunuh diri selepas secara tidak sengaja menghantar mesej kepada teman lelakinya bahawa dia telah meniduri lelaki lelaki.

Charlotte Guy, sebelum ini menjalinkan hubungan dengan Jack Hurst, 20. Manakala mesej itu pula sebenarnya untuk kawan perempuan Charlotte.

“Selamat malam. Tolong maafkan saya. Saya sayangkan awak, cukuplah saya tahu awak benci saya,” demikian permohonan maaf Charlotte kepada Jack selepas tersalah hantar mesej berkenaan.

Sementara itu, Jack dalam satu kenyataan berkata, sebelum Charlotte membunuh diri, hubungan mereka berantakan kerana gadis itu tidak percayakannya.

Ujar Jack, Charlotte, yang berasal dari Orrell, Wigan, telah keluar pada hujung minggu dan turut menghantar mesej kepadanya untuk berbincang namun Jack sibuk.

“Selepas itu dia hantar mesej Snapchat bahawa dia telah curang. Mesej itu sepatutnya untuk kawan perempuannya,” kata Jack,

Jack juga cuba menghubungi Charlotte beberapa kali selepas mendapat mesej terakhir iaitu selamat tinggal.

Dia kemudiannya menghubungi polis dan cuba mencari Charlotte sebelum mengetahui bahawa gadis itu telah menggantung diri berhampiran kolej St John Rigby.

Sementara itu, laporan bedah siasat mendapati Charlotte telah mengambil dadah ketika di bawah pengaruh alkohol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.