Bakal Pengantin Rakam Minum Racun Kemudian Hantar Pada Bekas Kekasih

Seorang wanita yang bakal berkahwin, telah merakamkan video dia minum racun dan klip rakaman itu kemudiannya dihantar kepada bekas teman lelakinya selepas diperas ugut lelaki tersebut.

Wanita itu, Nisha Devidas, menetap di kampung Rohini di India dan bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan dalam masa 10 hari lagi.

Menurut abangnya, Ravi Kavle mendakwa bahawa adiknya itu sudah bosan dengan ugutan bekas teman lelakinya, Nikhil Borkar dan memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri.

Nisha telah dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.

“Seorang pemuda bernama Nikhil Borkar bertanggungjawab terhadap kematian adik saya. Dia menggoda adik saya dengan janji untuk berkahwin dan kemudian mempergunakannya dan mula memeras ugut.

“Adik saya sudah bosan dan putus asa. Kami mahu Nikhil ditangkap segera,” katanya.

Dalam pada itu, polis masih menyiasat kejadian itu. Namun punca peras ugut itu tidak dinyatakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.