Aksi Ings Bakal Gegarkan Anfield

Danny Ings bakal pulang ke pangkuan skuad utama Liverpool di mana bakal diturunkan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan Piala FA menentang West Brom Ahad ini.

Kali terakhir penyerang Englang itu beraksi untuk Reds ialah lebih dua tahun lalu, sewaktu dia menjaringkan gol dalam Merseyside derby yang juga merupakan perlawanan terakhir buat Brendan Rodgers selaku pengurus kelab.

Pada minggu berikutnya, Ings berjaya melakukan penampilan sulung di pentas antarabangsa. Bagaimanapun, dua hari selepas itu dia ditimpa kecederaan cruciate ligament di lutut kirinya sewaktu Jurgen Klopp mengendalikan sesi latihan pertamanya sebagai pengganti Rodgers.

Ings terpaksa mengharungi tempoh berehat yang agak lama selepas tulang rawan di lutut kanannya pula mengalami kecederaan pada November 2016 iaitu tidak lama selepas dia menyertai semula skuad Liverpool.

Kecederaan kedua yang me­landanya memaksa Ings berehat selama sembilan bulan.

Ketika itu Ings yang juga bekas penyerang Bournemouth dan Burnley menyaksikan dia hanya membuat tujuh penampilan dari bangku simpanan sepanjang tempoh 27 bulan, tetapi kini Klopp mahu membuktikan bahawa Ings bersedia untuk melangkau sususan hierarki di Anfield.

Ings nampaknya bakal melangkau kedudukan Daniel Sturridge sebagai penyerang sokongan kepada Roberto Firmino.

Kini Sturridge pula akan memanaskan bangku simpanan sambil Ings pula akan tampil buat kali pertama dalam kesebelasan utama sejak Liverpool berada di bawah teraju bos Jerman tersebut – Suzein Yana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.