Najib Serah Senarai Nama Calon Baharu Menteri Besar Kedah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dilihat hadir di kawasan Istana Negara bagi mengadakan pertemuan dengan sultan Kedah, Tuanku Halim Muadzam Shah.

 

Difahamkan, pertemuan itu  mengenai penyerahan senarai nama calon baharu Menteri Besar Kedah bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz.

 

Senarai calon yang disenaraikan memerlukan perkenan Sultan Kedah bagi meneruskan prosedur melantik Menteri Besar Kedah yang baharu.

 

Najib dilihat tiba di Istana Negara pada jam 7.50 pagi dan dijangka akan menghadap sultan  pada pukul 8 pagi ini.

 

Terdahulu, Sebahagian Exco Kedah membuat undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Mukhriz dan mahu beliau dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.