VIDEO: Tun M Buat Genji Buskers Lupa Lirik

Duit RM50 yang diberi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menikmati persembahan ‘busker’ di stesen LRT di KLCC tidak akan digunakan, sebaliknya akan dibingkaikan sebagai kenang-kenangan.

 

Menurut penyanyi kumpulan Genji Buskers yang dikenali sebagai Mustam Mustapa, dia tergamam ketika menyedari bahawa Dr Mahathir dan isteri Tun Hasmah Mohamad Ali adalah antara pengunjung yang berhenti untuk mendengar persembahan mereka.

 

“Rupanya sudah tiga, empat minit saya diperhatikan tadi. Bila terpandang Tun, lirik terus bersepah hahaha,” tulisnya dalam Facebook Genji Busker.

 

Mustam ketika itu sedang mendendangkan lagu popular ‘Selimut Tetangga’ oleh kumpulan Repvlik dari Indonesia, dan tergamam seketika sebaik saja terpandang Dr Mahathir, tetapi meneruskan nyanyiannya.

 

“RM50 yang Tun bagi akan saya frame kan. Kredit kepada Faiz &friend fans genji dari Pahang yang tolong ambil gambar,” tulisnya lagi. – TheRakyatPost

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.