Tiga Bom Tangan, 76 Peluru Ditemui Di Georgetown

Georgetown: Tiga pekerja pembersihan alat pendingin hawa terkejut selepas menemui tiga butir bom tangan termasuk 76 butir peluru hidup dan tiga kelopak peluru yang disorokkan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah premis kosong di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul, di sini, malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila seorang lelaki berusia 65 tahun menemui beg hitam di belakang kompresor alat pendingin hawa.

 

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong, di sini.

 

Katanya, premis terbabit sebelum ini digunakan sebagai salon rambut di tingkat satu itu sudah dikosongkan sejak beberapa bulan lalu.

 

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bom dan peluru berkenaan masih lagi aktif dan ketika diperiksa premis berkenaan kosong tiada penghuni.

 

“Siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenalpasti pemilik premis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Senjata Api 1972,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.